MuMmy & DadDy NsI

MuMmy & DadDy NsI

Khamis, 29 Mei 2014

Demam,Batuk & Selesema

Hari nie chenta atie mummy demam,batuk n sseme.......risaunya ati mummy bila tengok keadaan dorg macam 2..........klu la boleh nak je mummy ganti tempat mereka .....YA ALLAH sempuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh anak2ku YA ALLAH.....


WAHAI ANAK-ANAK MUMMY CEPAT SEMBUH YEA SAYANG.....


Meh semua doakan chenta atie mummy sembuh yea.....

Selasa, 27 Mei 2014

Sotong Sumbat Versi Mummy

Mummy terlebih rajin nak masak...kali nie mummy masak Sotong Sumbat........Meh mummy kongsi resepi.


Bahan-Bahan :
3 ekor sotong saiz besar (untuk 2 orang makan)
1 biji kentang (dipotong nipis)
1 biji telur
bawang putih (dihiris halus)
bawang merah (dihiris halus)
lobak (dipotong halus)
minyak
garam
serbuk kunyit
daun sup atau daun ketumbar

Cara-caranya :
Gaul kentang yang telah dipotong nipis dengan sedikit garam. Goreng kentang sehingga kekuningan.
Bila dah sedikit garing angkat dan lenyek,asingkan.
Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan , masukkan lobak ,Pecahkan sebiji telur.
Gaul dan hancurkan jadi macam Scramble Eggs.Masukkan kentang yang telah dilenyek tadi.Tabur daun sup dan gaul rata.
Masukkan isi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan dan cucuk dengan lidi untuk elak isi yang telah disumbat terkeluar.

Kuah
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Masukkan air biar hingga mendidih.
Masukkan sotong yang telah siap disumbat. Biar sehingga sotong masak (jgn lama sangat, nanti sotong jadi liat)
Bila dah siap, potong2 sotong jika suka.
Siap dihidangkan..


SELAMAT MENCUBA....

COKLAT CADBURY DAIRY MILK HAZELNUT DAN ROAST ALMOND DIKESAN ADA DNA KHINZIR (PORCINE)

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.



KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Isnin, 26 Mei 2014

SELAMAT HARI LAHIR MAK......

Pada 25/05/2014..........adalah hari lahir mak mummy........mummy n adik beradik sambut simple2 je.........tp yang penting mak mummy gembira sesangat.............


SELAMAT HARI LAHIR MAK.........SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DI PERBANYAKAN REZEKI.......SEMOGA ALLAH MEMBERI MAK KESIHATAN YANG LEBIH BAIK.........SAYANG MAK............

Rabu, 21 Mei 2014

Anugerah Allah

Anugerah Allah.....mummy amat bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan mummy rezeki yang amat besar nilainya di dunia ini dan insyaallah di Akhirat jua....Mummy bersyukur kerana di pilih oleh allah untuk mummy merasai perasan ini....Sesungguhnya mummy bahagia kerana di beri peluang mengecapi nikmat mengandung,bersalin dan menjadi mummy kepada 2 puteri kesayangan mummy....memandang wajah chenta atie mummy ini membuatkan hati yang gundah menjadi ceria.........



YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu....
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang.....
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti.....
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna....
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi....
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan.....
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah....
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah.....





Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini....
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini.....

Amin.....



Isnin, 19 Mei 2014

Apam Coklat Kukus Mummy

Semalam mummy merajinkan diri untuk wat Apam Coklat Kukus bersama chenta atie untuk minum petang ........
resepi yang sangat mudah....meh mummy kongsi ngan smua ek...........

Resepi Apam Coklat Kukus

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 Paket yis ( maripan )
1 cawan air
5 sudu besar serbuk koko

Cara buat :

masukan semua bahan dalam blender...blende sehingga sebati....
biarkan selama 10 minit.....
masukkan bahan dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit
sedia untuk di hidang......


Selamat mencuba Apam Coklat Kukus Mummy......





Jumaat, 16 Mei 2014

SeLaMat HaRi GuRu

SeLaMat HaRi GuRu..........

Tanggal 16 Mei untuk setiap tahun adalah hari yang bermakna untuk semua guru....
Wahai guru kau ibarat sebatang lilin yang menerangi alam kegelapan kau sanggup membakar diri....Wahai guru kau insan yg mulia mendidik dan membimbing setiap anak bangsa... Untuk semua guru yang mulia jasa kalian tidak penah dilupakan......




Guru yang biasa menberitahu....Guru yang baik memberi penjelesan...Guru yang bagus memberi tunjuk ajar....Guru yang terbaik memberi inspirasi.....


Rabu, 14 Mei 2014

Jom Beli Seafood

Mummay baru tahu akan kewujudan kedai borong makanan lauT ( TT FISH MART ) di Kajang Putra..2 pun info dari kawan2 yang dah lame g kedai tersebut..........rupanya dah lama kedai ini wujud mummy je yg baru tahu....
macam-macam pilihan ada.....mmg mummy suka.....harga pun berpatutan.....ikan pun segar-segar
sayur-sayur pun ada.........
bagi sape yang nak pergi mummy bagi alamat k....
TT FISH MART SDN. BHD. NO. 12-G & 12A-G, JALAN PUTRA 2, TAMAN PUTRA KAJANG, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Jom ramai-ramai g beli seafood..........

Isnin, 12 Mei 2014

SELAMAT HARI IBU






Ibu , emak, mama, mummy, umi dan apa jua panggilan ... org nya tetap sama... tujuan tetap satu... Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar wanita
 , jasamu mengandung , melahirkan, menyusu, membesarkan dan menjaga anak2mu amat bermakna........
SELAMAT HARI IBU..........






Jumaat, 9 Mei 2014

Nurkilan Pertama Mummy

Hari jumaat yg mulia ini.............
mummy baru nak melibatkan diri dalam dunia blog ..........
semoga jumaat ini memberi kebekatan untuk mummy sekeluarga....