MuMmy & DadDy NsI

MuMmy & DadDy NsI

Selasa, 27 Mei 2014

Sotong Sumbat Versi Mummy

Mummy terlebih rajin nak masak...kali nie mummy masak Sotong Sumbat........Meh mummy kongsi resepi.


Bahan-Bahan :
3 ekor sotong saiz besar (untuk 2 orang makan)
1 biji kentang (dipotong nipis)
1 biji telur
bawang putih (dihiris halus)
bawang merah (dihiris halus)
lobak (dipotong halus)
minyak
garam
serbuk kunyit
daun sup atau daun ketumbar

Cara-caranya :
Gaul kentang yang telah dipotong nipis dengan sedikit garam. Goreng kentang sehingga kekuningan.
Bila dah sedikit garing angkat dan lenyek,asingkan.
Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan , masukkan lobak ,Pecahkan sebiji telur.
Gaul dan hancurkan jadi macam Scramble Eggs.Masukkan kentang yang telah dilenyek tadi.Tabur daun sup dan gaul rata.
Masukkan isi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan dan cucuk dengan lidi untuk elak isi yang telah disumbat terkeluar.

Kuah
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Masukkan air biar hingga mendidih.
Masukkan sotong yang telah siap disumbat. Biar sehingga sotong masak (jgn lama sangat, nanti sotong jadi liat)
Bila dah siap, potong2 sotong jika suka.
Siap dihidangkan..


SELAMAT MENCUBA....