MuMmy & DadDy NsI

MuMmy & DadDy NsI

Jumaat, 13 Jun 2014

FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2014 - FLORIA

FLORIA Putrajaya – Festival bunga dan taman yang dinanti-nantikan di Malaysia kembali. Bertemakan ‘Pesona Warna’,


Antara kelainan yang akan dibawakan di Floria 2014 ini adalah “Taman Bertema” Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.

FLORIA Putrajaya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana keunikan dan keindahan flora yang dipamerkan di taman-taman berlandskap yang direka menarik, ditambah pula dengan lampu berkilauan pada waktu malam.

Menjanjikan pameran yang menakjubkan di Pesisiran Presint 4, FLORIA Putrajaya dibuka kepada lawatan umum mulai 14 hingga 22 Jun 2014 dari 9:00 pagi – 10:30 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).