MuMmy & DadDy NsI

MuMmy & DadDy NsI

Isnin, 26 Januari 2015

Resepi LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY

Seperti yang mummy janjikan mummy nak kongsi resepi LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY versi mummy sendiri heheheh....

Mula2 kita bersihakan lobster dahulu
Gaulkan sedikit garam
sedia untuk di goreng ( mummy goreng dalam 30 minit ) sebab x de pengalaman takut lobster tak masak.....

Bahan-bahan untuk kuah :

1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu)
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya


( pic ehsan dr en google )


Caranya :

1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
2. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
3. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
4. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang di goreng tadi.
Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih panas- panas.....

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
1. Panaskan butter...
2. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila butter dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan butter dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing butter tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.





SELAMAT MENCUBA ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan