MuMmy & DadDy NsI

MuMmy & DadDy NsI

Khamis, 29 Januari 2015

CEPATNYE MASA BERLALU



Ya allah cepatnye masa berlalu...pejam celik pejam celik dah 11 bulan 18 hari bersamaan 353 hari usia chenta atie junior mummy
NUR SAFIYYA ISYQINA ( CAHAYA YANG SUCI CINTA KAMI ).



telatah mu membuat mummy rase mcm2 hehehe....suka,duka,pahit,manis smua bersama mu......anugerah allah....

PINJAMAN ALLAH UNTUK MUMMY & DADDY.....SESUNGGUHNYA MUMMY BERSYUKUR MEMILIKI KAMU ANAKKU.........

~Tuhanku kamu tlglah hntarkn kepadanya.. malaikat utk jaganya bila ku tiada.. tunaikn semua permintaannya kerna.. ku cintanya sungguh-sungguh..

Isnin, 26 Januari 2015

Resepi LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY

Seperti yang mummy janjikan mummy nak kongsi resepi LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY versi mummy sendiri heheheh....

Mula2 kita bersihakan lobster dahulu
Gaulkan sedikit garam
sedia untuk di goreng ( mummy goreng dalam 30 minit ) sebab x de pengalaman takut lobster tak masak.....

Bahan-bahan untuk kuah :

1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu)
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya


( pic ehsan dr en google )


Caranya :

1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
2. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
3. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
4. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang di goreng tadi.
Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih panas- panas.....

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur.
1. Panaskan butter...
2. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila butter dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan butter dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing butter tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.





SELAMAT MENCUBA ......

LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY

Amboi mummy tajuk x tahan heeheheh....LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY...kenapa mummy bagi nama mcm 2 sbb pertama kali dalam idup mummy masak lobster resepi mummy sendiri......

Nie la rupa lobster yang belum masak..........




Kisahnya mcm nie adik mummy alang teringin sgt nak mkn lobster......secara kebetulan kwn daddy ada jual so ape lagi mummy suruh daddy beli......tp dalam pikiran mummy masih memikirkan nak masak apa...maklumla mummy x penah masak or makan lobster nie....( .walaupun mummy x makan udang & yang sewaktu dengannya ) tp mummy cuba juga untuk masak demi keluarga tersayang.......


Setelah di pikir2kan maka terhasil la LOBSTER BUTTER KASIH SAYANG MUMMY



Anti mummy share resepi k.....